Saturday, November 26, 2016

Rindu

Malam ini,  aku bercerita pada tuhan tentang kau yang tak lagi memelukku dengan kata-kata indah.  Semoga tuhan mendengar rintih hati hambanya yang satu ini yang penuh dengan khilaf.  Mungkin aku terlalu banyak lupa pada-Nya sehingga aku tidak lagi menghirup ranum baunya ketengangan. Demi Allah,  aku rindu pada kehidupanku dulu. Demi terlalu mengejar dunia sehingga aku lupa pada-nya dan padamu yang sering menagih kasih dan cintaku.  Lalu terus kau berlalu membawa hati duka meninggalkanku.  Sungguh belum pernah satu hari di setiap detak jantung aku lupa padamu.  Daripada saat pertama kali kita bertukar pandang di rumah seni. Sungguh aku memohon maaf atas segala khilaf yang aku tabur padamu sehingga hari ini kau benar benar hilang daripadaku. Walau di manapun kau berada,  walah dengan siapapun kau berkongsi kasih sungguh satu sahaja yang aku mahu lihat,  kau bahagia.  Terlalu banyak derita yang kau tanggung dan kau selayaknya bahagia walaupun tanpa aku di sisimu lagi yang selalu menyokong kerjaya dan hidupmu suatu ketika dahulu.  Aku tahu ego yang melambung dalam diriku membuatkan hubungan kita lenyap. Tapi percayalah aku hanya mahu lihat kau berusaha.


Selamat tinggal kasih,  mungkin bukan jodoh kita.








No comments:

Post a Comment