Sunday, January 8, 2017

Untukmu sahabat



Dia tabur ayat manis padamu
buatmu merasa lengkap serba satu
hari-hari berasa cinta dekat denganmu
memelukmu dengan rindu
walau realitinya jauh beribu batu.

Dia sumbat kau dengan janji
buatmu merasa yang dia adalah yang pasti
yang Allah janji
merasa dia doa istikharah mu hari-hari
tapi sebenarnya dia hadir hanya mahu menyakiti.

Dia melengkapi
walau dia tak ada hari-hari
bawa kau ke sana sini
cukup dengan selamat malam di penghujung hari
buat hati kau senang untuk menutup hari.

Tapi akhir-akhir ini
terasa seperti dia berubah hati
katanya kusut dengan apa yang terjadi
dengan kerja dan masa depan yang belum pasti
apakah masih mahu menambah kau sebagai suri?

dalam ketidakpastian dan ragu-ragu.....

dia diam
dia pendam
dia kemam

rupanya dalam diam, pendam, kemam
yang tidak disangka akan buat hari kau kelam

Ternyata dia yang jatuhkan kau ke lantai yang paling bawah
yang paling hina maruah
yang paling sakit rasa pernah
aku harap dalam redha kau pasrah

Sabar.

Walau sesayang mana pun pada dia
kalau Allah tulis nama kau bukan di bawah nama dia
tetap bukan...

Ingat.
walau genggam kuat mana,
kalau bukan milik kita,
terlepas jua.







No comments:

Post a Comment