
Sunday, January 8, 2017
Untukmu sahabat

Dia tabur ayat manis padamu
buatmu merasa lengkap serba satu
hari-hari berasa cinta dekat denganmu
memelukmu dengan rindu
walau realitinya jauh beribu batu.
Dia sumbat kau dengan janji
buatmu merasa yang dia adalah yang pasti
yang Allah janji
merasa dia doa istikharah mu hari-hari
tapi sebenarnya dia hadir hanya mahu menyakiti.
Dia melengkapi
walau dia tak ada hari-hari
bawa kau ke sana sini
cukup dengan selamat malam di penghujung hari
buat hati kau senang untuk menutup hari.
Tapi akhir-akhir ini
terasa seperti dia berubah hati
katanya kusut dengan apa yang terjadi
dengan kerja dan masa depan yang belum pasti
apakah masih mahu menambah kau sebagai suri?
dalam ketidakpastian dan ragu-ragu.....
dia diam
dia pendam
dia kemam
rupanya dalam diam, pendam, kemam
yang tidak disangka akan buat hari kau kelam
Ternyata dia yang jatuhkan kau ke lantai yang paling bawah
yang paling hina maruah
yang paling sakit rasa pernah
aku harap dalam redha kau pasrah
Sabar.
Walau sesayang mana pun pada dia
kalau Allah tulis nama kau bukan di bawah nama dia
tetap bukan...
Ingat.
walau genggam kuat mana,
kalau bukan milik kita,
terlepas jua.
Saturday, January 7, 2017
Strength
Everytime i give up on us
Everytime we have a fight
I scroll down our pictures
i recall the memory on how happy we were back then
and there is where i find my strength to not stay mad at you
Please forever be the source of my strength
ily.
Saturday, December 31, 2016
2017
1.1.2017
Tahun bertukar tahun
dan aku masih lagi seorang loser
seperti tahun-tahun sebelumnya
Tiada azam yang aku 'set' kan tahun ini
sebab aku tahu by the end of the year azam tu mesti terkubur
Cuma yang aku harapkan tahun ini
Rezeki yang cukup untuk aku dan keluargaku
Kebahagiaan yang sentiasa ada dan tidak pernah putus
No more blue days through out the year
Dan untuk cinta
Aku doa dan mohon pada tuhan semoga kekalkan cinta yang aku punya sekarang
Aku pinta agar tuhan sama setuju..
Saturday, December 17, 2016
Friday, December 16, 2016
Cinta dan harapan
Terima kasih ya Allah untuk secebis kebahagiaan yang kau pinjamkan padaku.
Sungguh aku bersyukur.
Penantian yang selama ini penuh liku,
kau hadirkan dia,
Yang selayaknya aku panggil, syurga duniaku.
Permudahkan urusan kami.
Subscribe to:
Posts (Atom)


