perkara perkara mudah menjadi besar;
bila kau jatuh cinta
perkara perkara ringan menjadi sesah;
bila kau makin kisah
perkara perkara kecil menjadi perang;
bila kau makin sayang
kerana kau makin cinta kisah dan sayang;
maka segala perihal berupa zarah sekali pun–
akan buat kau berang
kerna dalam sekecil hal itu;
ada rasa yang membuat kau terpanggil–
menyentuh nyentuh dinding kalbu
membuat kau mudah sayu
–sendu
kerna dalam sekecil perkara itu;
membuat kau layu
No comments:
Post a Comment