Wednesday, October 19, 2016

Memori hati

Sudah sekian lama kupujuk rajuk hati, bertahun lama menyulam kasih, bertukar hati,  ternyata kau bukan milikku lagi.

Allah,  sumpah rindu hari ini menjengah hati,  apa khabar kekasih hati yang dah lama pergi?  Hanya tuhan sahaja yang tahu,  betapa gundahnya rasa hati, ingin berpijak di bumi Perlis. Takut takut kenangan lalu bertamu sungguh aku tidak sedia lagi.  Teringin sekali berselisih pandang,  tapi takut takut jatuh hati lagi.  Sungguh Ya Allah kuatkanlah langkah kaki, jangan diberi ingat kisah lama yang jadi memori.

Berat benar rasanya untukku lempar ingatan ini.


Tapi masihkah kau ingat aku lagi?



No comments:

Post a Comment